Sabtu, 02 Februari 2013
Cinta
tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan,
tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada
cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada
kemusnahan.~ Mahatma Ghandi
Tuhan memberi kita dua kaki untuk
berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan
dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan
sekeping hati pada kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi
hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.
Ada
2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata itu
menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang
mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”.
Jawab titis air mata kedua itu,” Saya air mata seorang lelaki yang
menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu
sahaja.”
Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita. Jangan
sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba.
Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan
sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak
dapat melupakannya.
Perasaan cinta itu dimulai dari mata,
sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti
menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu
Coba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah
menjadi titisan air mata dan terus tinggal di hatimu dalam jarak waktu
yang cukup lama.
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai
harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih
percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih
ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada
mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan
kembali kepercayaan. Jangan simpan kata-kata cinta pada orang
yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu
terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya
ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi
ada hayatnya.
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta
dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita
harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.
Cinta
bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan
mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta
bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka
Cinta
dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi
bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi
nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.
Sungguh menyakitkan
mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan
adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian
untuk menyatakan cintamu kepadanya. Hal yang menyedihkan dalam
hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu.
Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan
kamu harus membiarkannya pergi.
Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping. Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.Tuhan
ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1
bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian
itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya
kerana takut anaknya terpijak.
Kadangkala kamu tidak menghargai
orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya.
Pada saat itu, tiada guna sesalan karena perginya tanpa berpatah lagi. Jangan
mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim
berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir
selamanya. Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu,
membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat
budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !
Permulaan cinta
adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan
tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu
hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam
dirinya. Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap
diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih
dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia
jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan,
kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela.
Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh
kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan
lain-lain perangai yang terpuji.~ Hamka
Kata-kata cinta yang
lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan
seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang
ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang
mendengarnya. Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta.
namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan
jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya. Cinta
bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi
cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat
menilai kesuciannya.
Bukan laut namanya jika airnya tidak
berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan
kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.
Bercinta
memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai
oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh. Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan :)
Label: Love
;;
Subscribe to:
Postingan (Atom)